Sunday, 22 July 2012

Soalan dan skema sejarah dunia ( Penggal 1)

Tema 1
MASYARAKAT FEUDAL
Dengan merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai, bincangkan ciri-ciri feudalisme di Eropah
Pengenalan
Feudalisme merujuk kepada sistempemerintahan yang muncul ekoran ketiadaan sistem pemerintahan pusat yang berkesan. Feudalisme dapat dilihat daripada segi ciri-ciri peribadi, ekonomi dan ketenteraan.

a)    Peribadi
-          Ciri peribadi dapat dikesan apabila tuan tanah bertaraf rendah mendapatkan perlindungan  daripada tuan tanah yang lebih berpengaruh.
-          Contoh seorang lord ( tuan tanah yang betaraf rendah ) mendapatkan perlindungan daripada Count (tuan tanah bertaraf tinggi)
-          Dengan demikian, seorang bangsawan menjadi pengikut kepada bangsawan yang lebih kuat
-          Ciri ini dapat dilihat dalam kerajaan Rom apabila mereka yang lemah mendapatkan perlindungan daripada bangsawan yang kaya
b)   Ketenteraan
-          Elemen ketenteraan bermaksud pemberian tugas ketenteraan kepada tuan tanah
-          Ciri ini wujud dalam kerajaan Rom dan kerajaan orang gasar Frank yang dipanggil Comitatus.
-          Mengikut sistem ini seorang pahlawan sebagai pengikut kepada seorang bangsawan harus memberi tiga jaminan iaitu :
1.    Memberikan kesetiaan
2.    Menjadi askar dalam tentera kecil bangsawan
3.    Melibatkan diri dalam mahkamah pimpinan golongan bangsawan
4.    Dalam kerajaan Rom pemilik tanah menubuhkan tentera persendirian untuk mengawal estet
c)    Ekonomi
-          Ciri ini dapat dilihat apabila tuan tanah dan petani menyerahkan tanah kepada tuan tanah yang lebih besar
-          Tujuan mereka adalah untuk mendapatkan perlindungan
-          Sebagai balasan petani akan memberikan bantuan ketenteraan, makanan dan bantuan lain
-          Ciri feudalisme ini dapat dikesan dalam empayar Rom sebelum ia tumbang dan menjadi nyata pada abad ke-9
-          Ia menyumbang kepada kelahiran pemilik estet besar ( bangsawan) yang bebas daripada kawalan kerajaan pusat.
-          Asas ekonomi golongan bangsawan ialah manor.
Penutup
Sistem feudalisme di Eropah jelas melambangkan ciri peribadi, ekonomi dan ketenteraan
Huraikan struktur susun lapis masyarakat dalam sistem feudal yang diamalkan di England 

Pengenalan
Sistem feudalisme yang muncul di England mempunyai ciri yang tersendiri. Dalam sistem feudal jelas terdapat hubungan saling bergantung antara raja, bangsawan, petani dan golongan hamba. Setiap lapisan masyarakat mempunyai tanggungjawab dan peranan masing2.

a)    Raja
-          Kedudukan tertinggi dalam sistem feudalisme di England  ialah raja
-          Raja menyatukan penduduk dibawahnya dan memberikan jaminan keselamatan dan perkhidmatan lain
-          Di bawah raja terdapat tenant in chief iaitu mereka yang memiliki tanah secara langsung daripada raja
-          Raja bergantung kepada tenant in chief tetapi ada kalanya mereka menjadi terlalu berkuasa dan mencabar autoriti raja
b)   Bangsawan
-          Di bawah raja terdapat baron iaitu golongan bangsawan
-          Golongan bangsawan besar menjadi tenant in chief
-          Mereka memiliki tuan tanah yang berkhidmat untuk baron di sebahagian besar negara
-          Di bawah tenant in chief ialah tenant iaitu golongan bangsawan bertaraf rendah
c)    Petani
-          Petani berada dibawah golongan bangsawan
-          Petani terdiri daripada petani bebas dan separuh bebas
-          Golongan petani mewakili sebahagian besar penduduk England
-          Petani  juga dikenali sebagai freeman, villein, skomen, bordar dan cottar
-          Golongan petani memiliki tanah dan keluasan tanah yang dimiliki mereka berbeza
-          Golongan petani tidak dibenarkan meninggalkan daerah mereka tanpa kebenaran tuan tanah
d)    Hamba
-          Kedudukan hamba dibawah petani
-          Golongan hamba mewakili satu persepuluh penduduk Englang
-          Golongan hamba tidak memiliki tanah dan mempunyai hak perundangan yang terhad.
Penutup
Masyarakat feudal di England mempunyai susun lapis yang tersendiri. Setiap lapisan masyarakat mempunyai hubungan saling bergantung antara satu sama lain.



Bincangkan faktor-faktor yang mendorongkan kemunculan masyarakat feudal di Jepun

Pengenalan
Feudalisme di jepun dapat dikesan dengan jelas pada zaman pemerintahan Kamakura hingga zaman sengoku Jidai. Feudalisme Jepun telah mencapai kematangan pada era pemerintahan Shogun Tokugawa.
a)    Kemerosotan kuasa maharaja
-          Salah satu faktor yang menyebabkan kemunculan feudalisme adalah kemerosotan kuasa maharaja
-          Kemerosotan kuasa maharaja memberi peluang kepada kemunculan daimyo (tuan tanah)
-          Tuan tanah tersebut memiliki ladang persendirian dikenali sebagai Syo atau Syoen
b)   Golongan tuan tanah berpengaruh
-          Kemunculan feudalisme disebabkan oleh kebangkitan golongan tuan tanah (daimyo)
-          Keadaan geografi negara jepun bergunung ganang menyebabkan raja menghadapi masalahuntuk mengawal tuan tanah
-          Perkembangan ini menyebabkan golongan tuan tanah menjadi lebih berkuasa berbanding dengan maharaja
c)    Kelemahan golongan bangsawan
-          Golongan ini dilantik oleh maharaja sebagai gebenor  di wilayah untuk mengawal tuan tanah
-          Golongan bangsawan ternyata lemah dan tidak berupaya mengawal tuan tanah
-          Selain itu, golongan bangsawan juga tinggal di ibu kota dan menikmati kemewahan
-          Mereka tidak menjalankan tugas dan mengawal kedudukan maharaja  di wilayah yang berada di bawah kekuasaan mereka.
d)   Perebutan kuasa ketu-ketua suku
-          Kelemahan gabenor yang dilantik oleh maharaja menyebabkan kuasa di wilayah beralih kepada ketua suku kaum
-          Perkembangan ini menyebabkan petani mengubah taat setia mereka kepada ketua suku kaum
-          Malah mereka membayar cukai berupa harta benda dan perkhidmatan kepada ketu-ketua suku
-          Perkembangan ini telah menyebabkan pengaruh dan kuasa maharaja mula merosot
e)    Kemunculan pemerintahan Kamakura
-          Perebutan kuasa antara ketu suku dan maharaja menyebabkan ketua keluarga Miramoto Yoritomo membentuk kerajaan bersifat ketenteraan pertama di Jepun.

-          Kerajaan bersifat ketenteraan ini dikenali sebagai Bakufu ditubuhkan di Kamakura
-          Kerajaan ini ditubuhkan untuk mengawal hal ehwal ketenteraan dan golongan bangsawan
-          Pemerintahan kamakura menyaksikan permulaan sistem feudalisme di negara Jepun.
Penutup
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan muncul sistem feudalisme di jepun. Kemerosotan kuasa maharaja dan kebangkitan golongan tuan tanah merupakan faktor utama yang menyebabkan berlakunya sistem feudalisme di jepun.

Bandingkan ciri-ciri feudalisme yang diamalkan di Eropah dengan Jepun pada abad ke -16 hingga ke-17

Pendahuluan

Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki.
Persamaanya, feudal dilihat sebagai satu gabungan yang istimewa antara konsep pemusatan undang-undang diraja dan tradisi semulajadi sebuah organisasi dengan ikatan peribadi kesetiaan.
Di Eropah, elemen ini datang dari empayar Rom dan latar belakang orang jerman di Eropah Utara. Di Jepun, berakar umbi sejak zaman kamakura.
   
Persamaan

-          Masyarakat dibina atas dasar keturunan atau sistem kelas. Golongan bangsawan berada diatas diikuti oleh tentera dan petani.
-          Kurangnya perubahan status dalam masyarakat feudal atau kekurangan mobiliti sosial .
-          Misalnya, jika dilahirkan sebagai anak petani maka dibesarkan sebagai petani, sedangkan anak-anak bangsawan akan tetap menjadi anak bangsawan.
-          Zaman feudal di Eropah dan Jepun  sering dilanda peperangan.
-          Keadaan ini menyebabkan golongan knight di Eropah dan samurai di Jepun mempunyai peranan yang penting pada zaman feudal. Kedua-dua ini berkhidmat dengan golongan bangsawan dan terikat dengan undang-undang feudal. Knight terikat dengan konsep chivalry, manakala samurai terikat dengan konsep bushido di Jepun.
-          Peralatan peperang yang digunakan oleh knight dan samurai ialah kuda, pedang dan baju perisai. Baju perisai di Eropah diperbuat daripada besi atau disadur dengan besi. Baju perisai di Jepun pula diperbuat daripada logam atau sutera atau saduran logam. Knight memerlukan bantuan untuk menaiki kuda kerana baju perisai yang berat tetapi samurai tidak memerlukan bantuan.
Perbezaan

-          Di Eropah pembinaan istana daripada batu bagi melindungi knigh dan vassal daripada serangan. Du Jepun, istana daimyo diperbuat daripada kayu.
-          Evolusi yang berlaku dalam institusi feudal Jepun perlahan berbanding Eropah.
-          Eropah menghadapi zaman pengukuhan negara bangsa kerana kecekapan kuasa pusat dan raja-raja Tudor di England.
-          Jepun telah disatukan dan keamanan diwujudkan tetapi tidak ada raja melainkan jeneral tentera yang menjadi perancang kesatuan.
-          Konsep undang-undang Rom menekankan hak, undang-undang dan kewajipan iaitu hubungan antara mereka yang lahir peribadi zaman feudal digunakan di Eropah. Zaman feudal Jepun dibayangi oleh penekanan etika China yang melebihi undang-undang dan lebihkan menekankan aspek moral berbanding undang-undang. Ini bermakna kekuasaan dan kesetiaan menjadi sesuatu yang mutlak.
-          Perbezaan ketara ialah dalam pemilikan tanah. Knight di eropah mendapat tanah sebagai bayaran memberi perkhidmatan ketenteraan. Knight juga mengawal golongan petani yang bekerja di tanah-tanah mereka.
-          Samurai tidak mempunyai tanah kerana daimyo mengenakan cukai ke atas petani untuk membayar gaji samurai dalam bentuk beras.

Penutup  

Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pengamalan sistem feudal di eropah dan di Jepun.

Bincangkan sistem feudal yang diamalkan di Jepun pada abad ke-16 hingga ke-17

Pengenalan
-          Sistem beraja dibantu oleh pembesar dalam menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran . masyarakat feudal di jepun terbahagi kepada dua lapisan masyarakat.
-          Masyarakat pemerintah dan masyarakat diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada maharaja, pembesar, daimyo. Golongan diperintah pula ialah semurai, petani, tukang mahir dan saudagar.
Sistem feudal di Jepun
-          Sistem pemerintahan diketuai oleh maharaja . Secara teorinya maharaja dianggap sebagai pemerintah keduniaan dan kerohanian.
-          Maharaja di Jepun dikaitkan dengan unsur ketuhanan yang bertujuan untuk meningkatkan dan menguatkan kedudukan maharaja serta menanamkan kesetiaan rakyat kepada maharaja.
-          Maharaja berperanan sebagai ketua agama dan ketua negara. Tetapi maharaja tiada kuasa pemerintahan kerana pemerintahan di bawah Shogun Tokugawa. Maharaja tinggal terpencil dan terpisah Kyoto dengan dikelilingi oleh pegawai istana. Ini bermakna sistem ekonomi juga dipegang oleh Shogun Tokugawa dan para pembesar yang akan mengutip cukai.
-          Daimyo terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai merupakan ahli keluarga Tokugawa dan sekutunya. Mereka membantu Tokugawa menguasai pemerintahan dan dikurniakan tanah dibahagian tengah dan Utara Honshu. Daimyo Shimpan dikenali sebagai rumah bersaudara yang terdiri daripada saudara-mara keluarga Tokugawa. Keluarga Tokgawa yang utama dikenali sebagai Go-sankemilik anak leyasu yang terletak didaerah Owari, Kii dan Mito. Daimyo Tuzama pula dikenali sebagai damyo luar dimana mereka merupakan musuh Shogun Tokugawa yang terdiri daripada suku-suku Barat seperti Kato, Ikeda, Asano dan Shimasu. Tindak tanduk mereka sentiasa diawasi oleh Shogun. Selain itu, mereka juga dilarang mengumpul kekayaan demi menggelakkan mereka menjadi terlalu kuat dan mengancam kedudukan Shogun.
-          Petanai atau nomin mendapat kedudukan istimewa diantara kalangan rakyat biasa. Amalan tutup pintu yang diamalkan oleh Jepun menyebabkan mereka tiada hubungan dengan dunia luar. Oleh itu petani mengeluarkan beras untuk rakyat Jepun dan membayar sebahagian besar cukai. Mereka hanya diberi secukup makan sebagai balasan kerana hasil yang dikeluarkan hanya untuk negara.
-          Artisan terdiri daripada tukang yang mahir adalah dibawah petani, dimana merekan membuat pedang serta peralatan lain yang berguna. Mereka diberi penghormatan atas sumbangan terhadap masyarakat dan diberi gaji serta rumah yang baik. Tukang kayu turut diberi layanan yang sama dan diberikan gaji senayak 500 koku serta dibenarkan memakai sebilah pedang.
-          Pedagang (cochin) berada di bawah tukang mahir, mengikut tradisi Jepun golong pedagang dipandang rendah oleh masyarakat feudal kerana dianggap pekerjaan hina dan tidak menguntungkan. Namun keadaan yang aman menjadikan ekonomi semakin berkembang dan para pedagang berjaya mengumpulkan wang dan harta yang banyak. Mereka berjaya membaiki status kehidupan dengan mengikat bangsawan melalui hutang. Mereka telah memperkenalkan cara pengurusan baru yang akhirnya diwarisi syarikat moden Jepun. Antara keluarga saudagar terkenal ialah Mitsui dan Naraya Mozaemon.
Penutup
-          Masyarakat feudal Jepun lebih ketat kerana pembahagian masyarakatnya dibuat berdasarkan pekerjaan yang diwarisi.
-          Kedudukan maharaja Jepun diperkukuhkan semasa pemerintahan Meiji dan dianggap sebagai raja berpelembagaan. Maharaja dihormati dan sistem ini kekal sehingga hari ini.

Huraikan masyarakat agraria di China pada abad ke-16 hingga ke-17

Pendahuluan
-          Masyarakat agraria adalah masyarakat yang berasaskan pertanian, penternakan, dan pemungutan hasil hutan dan sungai.
-          Kebiasaanya penempatan terbentuk di sekitar kawasan persekitaran yang subur, misalnya dilembah sungai, kawasan berbukit, serta kawasan yang yang bersaliran baik.
Masyarakat agraria di China
-          Masyarakat agraria di China hampir 85% dan tinggal didesa.
-          Tumpuan masyarakat agraria antara kawasan timur laut China dengan Mongolia iaitu didataran Loes yang subur yang dilalui oleh Sungai kuning. Di sebelah selatan Sungai Kuning terletak kawasan tengah yang luas dan terdapat sungai Yangtze iaitu sungai yang terbesar di China.
-          Mengamalkan pemilikan tanah yang diterajui oleh golongan pembesar atau dimiliki oleh tuan tanah. Tanah menjadi lambang sosial dan merupakan aset berharga kepada masyarakat China.
-          Penambahan dalam pengluaran pertanian di tanah-tanah yang diusahakan akan menambahkan lagi pendapatan golongan pembesar dan tuan-tuan tanah dan meningkatkan lagi pendapatan cukai maharaja China.
-          Masyarakat petani menjalankan kegiatan pertanian secara bersama dan tidak melakukan secara individu. Tanah pertanian ini diusahakan dari satu generasi ke satu generasi.
-          Aktiviti penanaman menggunakan peralatan lama, namun boleh menghasilkan hasil yang banyak.
-          Masyarakat agraria di China sudah biasa menghadapi kebuluran dan penderitaan . mereka akan meneruskan kehidupan dengan melakukan pekerjaan mencari hasil hutan atau menjual anak perempuan untuk dijadikan hamba.
-          Rumah petani berdidndingkan tanah liat, berbumbungkan rumput di dalamnya tiada tempat berdiang  ( alat pemanas) , pakaian diperbuat daripada kain benang kapas dan makanan hanya secukup hidup sahaja.
-          Masa lapang dipenuhi dengan mengadakan jamuan dan berjudi.
-          Tanaman utama adalah padi sawah yang ditanam di lembah sungai Yangtze dan sungai Kuning. Tanaman lain ialah kapas,tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan lain-lain bijirin.
-          Dinasti Ming memperkenalkan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan hasil pertanian, antaranya meningkatkan penggunaan sistem pengairan, pertanian selingan antara musim-musim tanaman dan penggunaan peralatan pertanian yang moden.
-          Kapas di tanam di utara dan selatan China menjadi bahan utama membuat pakaian. Selain itu mereka melakukan aktiviti penternakan seperti ayam, itik dan lembu.
-          Masyarakat China yang tinggal dikawasan yang tinggi sperti di utara China menanam padi huma, sekoi dan kekacang. Gandum ditanam di Manchurian dan menjadi tanam utama di utara china.
-          Kerajaan China mendapat sumber pendapatan utama daripada cukai tanah, perdagangan garam, dan bahan galian. Perdagangan garam dimonopoli oleh kerabat diraja China.
-          China juga kaya dengan arang batu, besi, tembaga, bijih timah, bijih hitam, antinomi dan perak.
-          Pusat bandar yang besar seperti Nanjing menyumbangkan pertumbuhan industri swasta. Khususnya industri berskala kecil seperti pengeluaran barang-barang kertas, sutera, kapas, dan porselin.
-          Pentadbiran kerajaan memainkan peranan utama dengan dibantu oleh golongan bangsawan sebagai penguasa kawasan luar bandar dan para petani.
-          Pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau kawasan. Misalnya pengeluaran tebu ( Kwangtung, Fukien dan Szechwan) teh dan daun mulberi ( Chekiang dan selatan Kiangsu), kapas (Kiangsu), perlombongan (di Yunan) dan hasil hutan ( di Manchuria).
-          Aktiviti perusahaan pertukangan dijalankan secara perkongsian antara dua orang atau lebih dan kebanyakan antara mereka tidak mengetahui perkongsian modal bersama atau joint stock.   
-          Pengangkutan utama ialah jalan air dan kurang jalan raya.
-          Mereka menjalankan aktiviti perdagangan dengan negara luar seperti Portugal, Sepanyol, Belanda dan British.
Penutup   
Masyaraat agraria China masih tertakluk kepada pemerintah yang mengamalkan sistem feudal.
Pengamalan sistem feudal telah menyebabkan perlaksanaan ekonomi yang tertutup dan menyukarkan perdagangan bebas dijalankan dengan kuasa Barat.

Huraikan masyarakat industri England pada abad ke-18 hingga ke-19

Pendahuluan
-          Revolusi ini diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada menggunakan mesin dan proses kimia.
-          Negara England mengalami revolusi perindustrian yang memperlihatkan ciri-ciri masyarakat industri seperti penggunaan sains, pengkhususan dalam bidang ekonomi, perpindahan penduduk dari pendalaman ke bandar, penggunaan sumber-sumber modal secara pesat dan kemunculan kelas sosial baru.
Masyarakat industri di England  
-          Pada zaman perindustrian masyarakat petani di england telah memulakan sistem tanah berpagar untuk menggantikan tanah lapang.
-          Parlimen England telah mengeluarkan akta berhubung dengan proses pembahagian tanah awam kepada pemilikan secara perseorangan.
-          Melalui akta ini, tanah awam yang hendak dijadikan hak persendirian perlu mendapatkan kelulusan parlimen. Buktinya antara tahun 1761-1792, hampir 5 000 000 ekar tanah dipagar.
-          Meninggalkan kesan terhadap petani uang memiliki tanah yang kecil.
-          Sistem tanaman bergilir Norfolk dan tanaman baru telah diperkenalkan. Kesannya, mengekalkan kesuburan tanah serta meningkatkan produktiviti ladang.
-          Bagi menyuburkan tanah, kemajuan sains berjaya memperkenalkan baja tiruan kepada masyarakat petani.
-          Cara menebus guna tanah, menggunakan sistem guna tanah secara heavy manuring, iaitu menjadikan kawasan tanah berpasir sebagai tempat penanaman gandung yang subur.
Masyarakat perindustrian   
-          Perindustrian tekstil dan besi berkembang pesat.
-          Penggunaan kuasa wap dalam industri untuk mengendalikan jentera.
-          Beberapa kaedah baru ditemui seperti menghasilkan keluli yang murah dan cepat daripada besi belum tempa .
Kemajuan sistem pengangkutan
-          Kemajuan dalambidang perkapalan, jalanraya, kereta api dan terusan.
-          Terusan worsley yang pertama dibina pada tahun 1761 digunakan untuk membawa arang batu.
-          Penciptaan lokomotif atau jentera wap untuk menarik gerabak.
-          Landasan kereta api moden pertama dibina di England pada 1825 yang menghubungkan lombong arang batu Durham di Stockton dengan Darlingston. Pada tahun 1806-1859, London- Bristol-South Wales dan 1875 London dengan Birmingham.
-           
Penghijrahan penduduk dan pertambahan penduduk
-          Menyumbangkan kepada pertambahan penduduk yang meningkat dua kali ganda di England tahun 1800 dan 1850. Pada tahun 1850 lebih separuh populasi England tinggal di pekan dan di bandar.
-          Pada tahun 1851, penduduk dari Ireland telah berhijrah beramai-ramai ke England.
-          Kawasan yang mengalami penduduk ialah Lancashire, West Riding di Yorkshire, Warwickshire, Nottinghamshire dan Staffordshire.
-          Penghijrahan ini telah membawa kepada penyertaan Ireland-England dan penduduk tertumpu kepada pekerjaan dalam industri tekstil.
-          Menggalakkan masyarakat England pada usia muda dan peroleh ramai anak.
-          Kelahiran yang tinggi menyebabkan England menyumbangkan kepada penggunaan tenaga buruh kanak-kanak dalam perlombongan arang batu.
-          Pada abad ke-19 sahaja, kanak-kanak yang berusia 15 tahun adalah seramai 40% daripada keseluruhan penduduk England.
Perluasan perdagangan antarabangsa
-          Kilang-kilang kapas Manchester dan Leeds mengeluarkan pasaran melebihi permintaan dalam pasaran tempatan dan membawa kepada pengeksportan kain kapas dari England dan berlaku peningkatan pada kadar 10% setiap tahun antara tahun 1783 hingga 1792 dan melebihi 17% antara 1792 hingga 1802
-          Masyarakat industri juga menerima permintaan yang tinggi terhadap kapas mentah.
-          England telah memansuhkan takrif import bahan mentah bagi membolehkan negara luar membeli barangan siapnya.
-          England menjalankan dasar perdagangan yang lebih liberal.
Kerajaan dan perdagangan bebas
-          Parlimen England telah meluluskan beberapa akta yang menghapuskan dasar ekonomi yang boleh menyekat kebebasan .
-          Antaranya ialah pemansuhan ekonomi perdagangan Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan China pada 1883. Seterusnya mengurangkan senarai barangan yang dikenakan duti import dan eksport serta meminda akta perkapalan pada 1825. Undang-undang jagung  (corn law) pada 1822 dilonggarkan.
Perubahan gaya hidup
-          Kehidupan bebas dibandar membawa kepada masalah sosial yang kritikal iaitu pelacuran dan jenayah semakin meningkat.
Masalah pencemaran dan kesihatan
-          Masalah pencemaran dan kesihatan dengan penggunaan bahan bakar arang batu telah mencemar udara dan pekerja kilang.
-          Pei penyakit dan pencemaran air membawa kepada merebaknya pelbagai penyakit dan bilangan kematian di bandar.

-          Akta kesihatan awam 1875 telah diluluskan bagi memperbaiki  keadaan kesihatan masyarakat bandar.
Kemunculan kelas baharu
-          Kelas individu dan pekerja tumbuh dengan pesat dari segi saiz dan kepentingan. Golongan kelas pertengahan terdiri daripada pemilik kilang, peniaga, ahli perbankan, peguam dan jurutera.
-          Golongan kelas pertengahan menyertai politik dan berjuang untuk mendapatkan wakil dalam parlimen bagi menyuarakan kepentingan mereka.
-          Perjuangan mereka berjaya apabila pada pertengahan abad ke-18, parlimen England mempunyai 61 wakil parlimen yang terdiri daripada kelas menengah.
-          Kejayaan yang dicapai ialah pemansuhan monopoli syarikat hindia timur inggeris tahun 1813 dan pemansuhan akta Perancis tahun 1814. Akta yang mensyaratkan penggunakan binatang dalam pembuatan kasut pula dimansuhkan tahun 1824.
-          Ramai petani tidak memiliki tanah dan menjadi buruh untuk mendapatkan upah di ladang atau berhijrah ke kawasan bandar untuk bekerja disektor perindustrian.
-          Golongan petani berubah menjadi golongan proletariat dan bekerja dengan mengendalikan mesin menggunakan tangan tetapi mereka kemudian menjadi penganggur apabila kilang perindustrian pada abad ke-19 mengantikan tenaga manusia kepada tenaga mesin. 
Pekerja dan keadaan kerja di kilang
-          Tempoh bekerja yang panjang iaitu selama 12 jam sehari dan enam setengah hari bekerja seminggu. Upah yang dibayar secukup hidup sahaja. Pengusaha kilang lebih suka menggambil pekerja wanita dan kanak-kanak.
-          Pekerja kilang terpaksa menhirup udara tercemar dan dipaksa bekerja mengikut kelancaran mesin. Tempat tinggal juga tidak disediakan dengan baik oleh pengusaha kilang.
-          Rumah hanya dibina sederet , tiada tandas dan bekalan air disediakan tetapi kadar sewa yang tinggi dikenakan.
-          Keadaan yang tidak selesa dan kurang bersih telah mengundang pelbagai penyakit..
-          Pekerja yang tidak berpuas hati telah mengadakan rusuhan. Pada 1830 terdapat golongan pekerja membuat tuntutan masa bekerja dihadkan selama 10 jam sahaja.
-          Pada 1832, kerajaan telah menubuhkan suruhanjaya diraja pengambilan buruh kanak-kanak di kilang untuk meninjau keadaan kanak-kanak yang bekerja dikilang.
-          Akta digubal untuk menjamin nasib pekerja kilang sperti akta lombong 1842 dan akta sepuluh jam 1847.

Perubahan dalam pemikiran politik 
-          Lebih kepada bakat dan keupayaan setiap individu.
-          Masyarakat terbahagi kepada dua iaitu golongan kelas pertengahan yang terus menambah kekayaan dan kekuasaan dan golongan proletariat yang terabai dari segi gaji, makan, minum dan kebajikan.
Penutup 
-          Perkembangan perindustrian diEngland membawa kepada perkembangan masyarakat industri
-          Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat

Terangkan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke-18 hingga ke-19

Pendahuluan
-          Revolusi ini diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada penggunaan mesin dan proses kimia.
-          Revolusi perindustrian di Jerman berlaku pada tahap kedua di eropah iaitu selepas revolusi perindustrian di England. Revolusi di Jerman bermula pada tahun 1860 hingga 1914.
-          Antara ciri-ciri masyarakat industri di Jerman ialah masyarakat pertanian, masyarakat industri, kemajuan sistem pengangkutan, perluasan perdagangan antarabangsa dan kemajuan sistem kewangan.
Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman
1.  masyarakat pertanian
-          Perkembangan revolusi perindustrian membawa perkembangan sektor pertanian. Kemajuan teknologi pada abad ke-18 dan ke-19 menyebabkan meningkatnya mekanisme dalam kegiatan pertanian, khususnya proses penanaman dan penuaian apabila terciptanya mesin.
-          Pengkajian saintifik tentang tanah misalnya, Humpray Davy telah menerbitkan buku mengenai ilmu kimia dengan fisiologi tumbuh-tumbuhan.
-          Mengadakan ujikaji untuk menghasilkan bahan kimia yang boleh digunakan untuk tanaman, contohnya tahun 1846 Justus Von Leibig telah menemui formula baru untuk menghasilkan baja tiruan dan baja kimia.
2. masyarakat perindustrian
-   pertambahan pembukaan lombong arang batu dan besi di saxony dan 
    silesia barat Jerman
-          Pengeluaran arang batu dan besi bertambah antara tahun1860-1670.
-          Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi.
-          Kemajuan industri kulit mengubah kehidupan mewah, pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sehat dan mementingkan pendidikan.
-          Pembangunan industri tekstil di Jerman bertumpu di wilayah Rhineland, Saxony dan Silesia.
-          Bandar Berlin pula mengeluarkan mesin-mesin yang meningkatkan industri tekstil di Jerman.
-          Ciptaan baru berkembang di Jerman, misalnya inovasi yang dihasilkan oleh Siemens dan Martina menyebabkan pengeluaran keluli meningkatpada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta tan. Firmanya juga terkenal dengan kejuruteraan elektrik.
-          Pada peringkat awal syarikat kimia dan elektrik Jerman menjadi perintis dalam pembangunan perusahaan kimia. Membina makmal penyelidikan perindustrian yang dilengkapi dengan ahli kimia dan fizik yang terlatih di universiti, tempat penyiasatan serta ujikaji.
-          Jerman telah menyeragamkan ciptaan teknik dan kesannya, Jerman memimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik.
3.  Kemajuan sistem pengangkutan   
-    pembinaan jalan kereta api pada tahun 1870
-    firma Jerman di Borsing menjadi pengeluaran utama kereta api di Jerman.
4. Perluasan perdagangan antarabangsa
-   pada tahun 1870 berlaku perkembangan pembangunan perindustrian di  
    Jerman yang menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga
    menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan
    lebih banyak sumber bahan mentah. Perindustrian di Jerman berkembang
    243.8% dari tahun1887 hingga tahun1912.
-          Perluasan empayar berlaku pada tahun 1884 apabila Jerman berjaya mengambil bahagian barat daya Afrika, Togoland dan Cameron dan seterusnya Jerman menguasai Tanganyika dan Afrika Timur.
-          Perluasan empayar dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik. Misalnya penguasaan sebahagian New Guinea dan pembelian kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun1884.
-          Pada tahun 1897, Jerman meluaskan hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu dan membina pengkalan tentera laut di pinggir laut China.
           5.  Kemajuan sistem kewangan
-          Pada tahun1880-an Bnak of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai joint stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital.
-          Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellischaft of Stuttgart (1851) Deutshe bank (1870), darmstadter bank (1870), dan Dresdener Bank (1872).
-          Kemunculan kelas-kelas pengusaha industri yang baru di Jerman pada abad ke-18, menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, besi, keluli, kapas dan kain bulu serta sistem pengangkutan darat dan laut.
-          Kartel di Jerman membantu perkembangan sektor perindustrian. Matlamat penubuhan Kartel adalah untuk menguasai bekalan dan harga jualan bagi barangan keluaran yang akan memaksimumkan keuntungan bagi industri secara keseluruhan dan meminimumkan turun naik harga dalam pasaran dan perkhidmatan perindustrian .
-          Jerman menyelaraskan takrif dan cukai kereta api tertentu bagi tujuan pertahanan.



           6.  Dasar kerajaan Jerman
-   Menubuhkan sekolah pertukangandan teknikal yang menghasilkan ramai 
    tenaga mahir yang diiktiraf oleh negara lain.
-          Undang-undang insurans sosial dikuatkuasa pada tahun1883 untuk menjaga kebajikan pekerja jika timpa kemalangan semasa bekerja.
-          Banyak pusat kesihatan didirikan didaerah dan kos pembiayaan ditanggung oleh satu pertiga daripada pihak majikan dan dua pertiga daripada pekerja.
-          Pada tahun 1884 Reichstag meluluskan undang-undang insurans kemalangan.
-          Memanupulasi pengeluaran akhbar di Jerman sebagai langkah untuk mengawal pemikiran rakyatnya.
-          Pada tahun 1878 Bismarck membentangkan rang undang-undang anti-sosialis di Reichstag yang membolehkan kerajaan menyekat atau mengharamkan persatuan, perjumpaan, penerbitan dan sesiapa melanggar undang-undang ini boleh disekat dari berada dalam daerah tertentu.
-          Malahan, kerajaan juga boleh menyekat kebebasan berpolitik didaerah yang boleh difikirkan terancam serta menarik balik lesen penerbitan, pencetakan dan pengedaran .
-          Seterusnya kerajaan mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-bank Jerman.
-          Jerman turut dikenali sebagai kilang pengeluaran tentera dan senjata di Eropah.
Penutup
-          Perkembangaan industri di Jerman membawa kepada perkembangan masyarakat industri.
-          Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat.



          












MASYARAKAT AGRARIA
Bincangkan tanaman utama yang diusahakan oleh orang Belanda pada abad ke 16

Pengenalan
Sektor pertanian mengalami perkembangan pesat di belanda pada abad ke-16 dan 17. Perkembangan dalam bidang pertanian berlaku di kawasan luar bandar. Masyarakat Belanda mengusahakan pelbagai jenis tanaman untuk kegunaan dalam negara dan dieksport ke negara Eropah yang lain.
a)    Sayur-sayuran
-          Masyarakat belanda mengusahakan pelbagai jenis sayur untuk pasaran tempatan
-          Antaranya ialah bawang, bijirin, kol, ketumbar, lobak  dan teasel
b)   Barli
-          Merupakan tanaman penting pada peringkat awal
-          Pengeluarannya merosot  menjelang abad ke-16 dan 17
c)    Gandum
-          Merupakan tanaman penting pada abad ke-17
-          Tanaman ini diusahakan secara intensif oleh petani
-          Hasil gandum yang berlebihan dieksport ke luar
-          Pada akhir abad ke-16 jumlah gandum yang dihasilkan antara 1150 kg – 1900 kg
d)   Semanggi
-          Tanaman ini ditanam meluas di wilayah Wales tahun 1644
-          Digunakan sebagai makanan untuk binatang terutamanya lembu
e)    Kekacang
-          Tanaman kekacang seperti beans dan kacang peas merupakan tanaman penting
f)     Biji cole
-          Diusahakan oleh petani di bahagian utara belanda pada abad ke-16
-          Ianya diproses untuk hasilkan minyak dan hampasnya digunakan sebagai makanan ternakan
-          Ia ditanam di wilayah Friesland, Artois, Rhineland, schleswing dan Holstein
g)    Berikan contoh tanaman lain lagi.

Penutup
Masyarakat Belanda menghasilkan pelbagai jenis tanaman pada abad ke-16 dan ke-17.
Kegiatan pertanian dijalankan oleh penduduk luar bandar. Kajian menunjukkan negara belanda mengeksport tanaman berlebihannya ke negara Eropah yang lain.
     



 
Huraikan kemajuan yang dicapai oleh Belanda dalam teknologi pertanian pada abad ke-16 dan ke-17.                                                                                                                                       

Pengenalan
Menjelang abad ke-16 dan ke-17 berlaku kemajuan pesat dalam teknologi pertanian. Masyarakat Belanda memperkenalkan kaedah baru dalam bidang pertanian.
a)    Kajian mengenai sistem pertanian
-          Kajian tentang teknik dan kaedah pertanian masyarakat belanda dilakukan olah sarjana dari england
-          Antara tokoh terkenal ialah sir richard Weston, Lord Townshend, sir John sinclair dan Thomas  Radcliff
b)   Sistem penggiliran tanaman
-          Petani belanda perkenalkan sistem giliran
-          Dalam sistem ini tanah rang di dimansuhkan
-          Sistem ini diamalkan meluas di wilayah wales tahun 1644
c)    Penanaman rumput tempatan
-          Petani Belanda memperkenalkan sistem penanaman tanaman rumput ternakan
-          Tanaman rumput seperti turnip ditanam dikawasan tanah rang selepas jagung dituai
d)   Sistem batas
-          Petani di belanda memperkenalkan sistem penanaman dengan membuat batas
-          Sistem ini menyebabkan wujud saliran yang baik dan tanaman tumbuh dengan subur
e)    Sistem penanaman deretan
-          Penanaman dalam deretan diamalkan bagi tanaman seperti jagung, mader, hop, biji kol dan tembakau
-          Diamalkan pada akhir abad ke-16
f)     Teknik memelihara kesuburan tanah
-          Petani Belanda mempunyai pengetahuan memelihara kesuburan tanah
-          Mereka melakukan pemugaran tanah dan menggunakan baja asli untuk memelihara kesuburan tanah
-          Mereka juga mendapatkan baja daripada kawasan ternakan
g)   Penciptaan peralatan pertanian
-          Petani belanda juga mencipta pelbagai jeis peralatan pertanian
-          Anataranya ialah tenggala, dan alat membanting bijirin.
Penutup
Masyarakat Belanda telah mencapai kemajuan pesat dalam teknologi pertanian. Teknologi pertanian yang dihasilkan oleh orang belanda tersebar ke kawasan lain di benua Eropah.

       
Huraikan faktor2 yangg menyebabkan berlakunya kemajuan yang pesat dalam sektor pertanian di China pada abad ke-16 dan ke-17    
        
Pengenalan
Menjelang abad ke-16 dan ke-17, berlaku kemajuan yang pesat dalam bidang pertanian di negara China. Kemajuan yang pesat ini adalah disebabkan beberapa faktor.
a)    Sistem pentadbiran tanah pertanian
-          Kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan oleh sistem pentadbiran yang cekap
-          Tanah pertanian ditadbir oleh jabatan Hal Ehwal Kerabat Diraja.
b)   Sistem percukaian
-          Terdapat sistem percukaian yang sistematik dan teratu di negara China
-          Petani yang tidak memilih tanah dikehendaki menyewa tanah daripada tuan tanah
-          Petani dikehendaki membayar sejumlah wang sebagai sewa tanah kepada tuan tanah
c)    Sistem pengairan
-          Kemajuan dalam pertanian disebabkan oleh perkembangan teknologi pertanian
-          Petani mempunyai kemahiran membina teres di lereng bukit untuk tanaman padi
-          Petani mempunyai kemahiran membina terusan dan mengawal aliran sungai
d)   Kemajuan dalam teknologi pertanian
-          Kemajuan dalam teknologi pertanian menyebabkan peralatan baru dicipta
-          Tenggala penabur benih diperkenalkan untuk membina alur, parit atau lekuk memanjang dipermukaan tanah
-          Selain tenggala, peralatan lain seperti penyisir tanah, penggiling dan kolar kuda dicipta
e)    Pengenalan kaedah baru pertanian
-          Menyebabkan peningkatan pengeluaran pertanian
-          Sistem penanaman bergilir diamalkan sejak zaman Han
-          Sistem penanaman pusingan dan pengkhususan pengeluaran diamalkan
Penutup
Menjelang abad ke 16 dan ke-17
Pertanian merupakan sumber ekonomi masyarakat china. Kemajian dalam teknologi pertanian dan pengenalan kaedah baru menyebabkan berlaku peningkatan pengeluaran





Masyarakat maritim

Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim.

Pengenalan
Masyarakat maritim merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut. Masyarakat ini terlibat dalam aktiviti seperti perdagangan, perikanan dan pengumpulan hasil laut.
a)    Kegiatan ekonomi
-          Kegiatan ekonomi mereka ialah perdagangan
-          Mereka juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan  dan mengumpul hasil laut
b)    Petempatan
-          Masy maritim lazimnya tinggal berhampiran pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan
-          Dari segi geografi petempatan masyarakat maritim terletak berhampiran laut
c)    Kemahiran membina kapal
-          Mereka berkemahiran membina kapal
-          Kapal yang dibina berkemampuan untuk berlayar di lautan luas
-          Umpamanya orang portugis mempunyai kemahiran kapal jenis Caraval seberat 2000 tan
d)    Teknologi pelayaran
-       masyarakat maritim juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelayaran
-        Mereka mempunyai kemahiran menentukan arah pelayaran dengan menggunakan
         kompas magnetik dan astrolab
e)    Kegiatan penjelajahan dan penerokaan
-          Masyarakat maritim juga merupakan masyarakat yang terdedah kepada aktiviti penerokaan dan penjelajahan
-          Mereka mempunyai kemahiran merancang dan melancarkan ekspedisi penerokaan dan penjelajahan
f)     Sifat ingin tahu
-          Semangat ingin tahu merupakan ciri2 masyarakat maritim
-          Semangat ini mendorong masyarakat maritim melakukan penerokaan dan penjelajahan
-          Mereka juga mempunyai keinginan mengetahui adat resam, budaya dan sejarah masyarakat sesuatu tempat
g)    Semangat keterbukaan
-          Masyarakat maritim juga merupakan masyarakat yang mempunyai sifat keterbukaan
-          Semangat ini jelas ketara apabila mereka sanggup mengharungi lautan luas dan belayar ke negara lain
h)   Memiliki sifat berani
-          Masyarakat maritim memiliki sifat berani menghadapi cabaran
-          Mereka mempunyai keberanian untuk menghadapi pelbagai cabaran semasa belayar di lautan luas
Penutup
Masyarakat maritim memberi sumbangan kepada kemajuan dalam bidang perdagangan, penerokaan dan penjelajahan.

Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan masyarakat maritim di Portugal  

Pengenalan
Kemunculan masyarakat maritim di portugal dapat dikesan sejak abad ke-15 dan ke- 16 . Terdapat  pelbagai faktor yang mendorong kemunculan masyarakat maritim di Portugal.
a)    Perkembangan kapitalisme dan merkantilisme
-          Perkembangan ekonomi kapitalisme dan merkantilisme merupakan faktor utama mendorong kemunculan masyarakat maritim
-          Sistem ekonomi ini menggalakkan kegiatan pengumpulan modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan
-          Perkembangan ini menggalakkan raja-raja negara bangsa menaja pelayaran ke seberang laut untuk tujuan tersebut
-          Ini menyebabkan muncul masyarakat maritim yang terlibat dalam aktiviti penerokaan dan penjelajahan
b)    Perkembangan perdagangan
-          Faktor seterusnya yang mendorong kemunculan masyarakat maritim ialah aktiviti perdagangan
-          Pedagang Portugis belayar ke Timur untuk menguasai perdagangan rempah daripada orang Islam
c)    Pengaruh Renaisans
-          Zaman ini menyemai ciri2 seperti humanisme, individualisme, sekularisme, sifat kritikal dan rasionalisme
-          Perkembangan ini melahirkan masyarakat yang menekankan kepentingan sains dan teknologi
-          Ini melahirkan semangat ingin tahu dalam kalangan masyarakat eropah untuk meneroka kawasan baru
d)    Teknologi pelayaran
-          Pengetahuan dalam bidang geografi dan pelayaran menggalakkan penerokaan dan pelayaran
-          Penciptaan alat seperti kompas magnetik dan astrolab memudahkan pelayaran
-          Masyarakat Portugal juga mampu membina kapal besar yang mampu belayar dilautan luas
-          Perkembangan ini turut mendorong kemunculan masyarakat maritim di Portugal
e)    Pengetahuan tentang dunia luar
-          Pengetahuan ini mendorong kelahiran masyarakat maritim Portugal
-          Pengetahuan tentang dunia luar diperolehi daripada orang islam pada zaman pertengahan awal
-          catatan Marco Polo yang mengembara negeri China mendorong orang portugis melibatkan diri dalam kegiatan meritim
-          perkembangan ini mendorong kemunculan masyarakat maritim di Portugal
Penutup
Masyarakat maritim memberikan sumbangan dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial. Mereka memainkan peranan penting dalam menjadikan Portugal sebuag kuasa maritim yang unggul di Eropah.

Huraikan kesan kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim dalam bidang ekonomi dan sosial

Pendahuluan
Menjelang abad ke-15 jepun muncul sebagai sebuah kuasa maritim . Kemunculan jepun sebagai kuasa meritim dapat dilihat daripada segi ekonomi dan sosial.
a)    Kesan ekonomi
Perkembangan perdagangan asing
-          Golongan bangsawan terlibat dalam perdagangan asing
-          Mereka menggalakkan kehadiran pedagang2 asing ke Jepun
-          Mereka menggalakkan kehadiran pedagang2 Portugal di pelabuhan Kyushu
       Kemunculan ekonomi wang
-          Kemajuan pesat dalam perdagangan menyebabkan berlaku pertumbuhan ekonomi wang.
-          Perkembangan ini menyebabkan mata wang syiling yang diperbuat daripada tembaga digunakan
-          Ekonomi wang meransang pertumbuhan pasar dan kemunculan bandar baru
       Kemunculan kelas perdagang
-          Pertumbuhan ekonomi wang menyebabkan muncul kelas mayarakat seperti perwira, petani dan tukang mahir
-          Menjelang zaman kamakura muncul kelas perdagang
-          Golongan pedagang terdiri daripada penjual berak, arak dan lain2.
       Persatuan pedagang
-          Pedagang2 telah menubuhkan persatuan (guild) di pekan dan bandar besar
-          Persatuan pedagang memainkan peranan menjaga hak golongan peniaga dan mempertahankan kepentingan mereka
       Industri perlombongan
-          Dalam bidang ekonomi menyaksikan pertumbuhan industri perlombongan
-          Perkembangan ini menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran emas, perak dan tembaga
b)    Kesan sosial
Penyebaran agama kristian
-          Kehadiran bangsa asing membawa kepada penyebaran kristian
-          Paderi kristian daripada pelbagai mazahab seperti Jesuit, Franciscan, dandominician menyebarkan agama kristian di Jepun
-          Penganut kristian dalam kalangan orang Jepun terdiri daripada petani dan golongan bangsawan
Penerimaan perkataan asing
-          Perkataan asing mula digunakan secara meluas dalam perbendaharaan kata Jepun
-          Contohnya seperti pao (roti), bosan(butang) dan lain-lain meresap dalam bahasa Jepun
Barangan luar digunakan secara meluas
-          Barangan luar seperti tembakau, jam, cermin mata, topi, seluar panjang dan roti digunakan secara meluas oleh penduduk Jepun.
Penutup
Kemunculan Jepun Jepun sebagai kuasa maritim meninggalkan kesan dalam aspek ekonomi dan sosial. 

Masyarakat Maritim Di Portugal
Pengenalan :
Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai pelabuhan-pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, kepulauan dan di lembah sungai bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip hasil laut.
Semasa pemerintahan Putera Henry (Henry The Navigator), kerajaan Portugal telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad ke-15. Putera Henry bersungguh-sungguh mempromosi kegiatan penjelajahan melalui penubuhan Akademi Laut di Sagres. Melalui akademi ini beliau telah mengundang ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi dan astronomi dari luar negara untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal. Usaha Putera Henry ini telah memunculkan ramai kelasi atau pelayar Portugal telah menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai barat benua Afrika.
Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Portugal :
Lokasi Di Pesisiran Pantai :
o    Portugal merupakan kerajaan pertama di Eropah mula menjalankan penerokaan tanah baru yang serius melalui aktiviti pelayaran ke dunia luar. Hal ini berlaku kerana Portugal mempunyai geografi tempatan di Lautan Atlantik, mempunyai pantai yang panjang dan memiliki pelabuhan yang baik seperti Lisbon. Selain daripada itu, Portugal tidak menghadapi persaingan dengan negara-negara Eropah yang lain seperti Sepanyol yang masih belum teguh dan bersatu padu, Itali pula masih tidak bersatu, Belanda menghadapi masalah dalam negara, manakala negara England dan Perancis terlibat dalam Perang 100 Tahun. Keadaan ini telah memberi peluang kepada Portugal untuk muncul sebagai negara maritim yang terunggul ketika itu.
Terdapat Pelabuhan Pembekal :
o    Portugal mempunyai pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang Eropah iaitu pelabuhan Lisbon dan Antwerp. Portugal menjadikan pelabuhan-pelabuhan ini sebagai pusat pengeksportan dan pengeluaran barangan dagangan Portugal. Dalam masa 30 tahun, Portugal berjaya menembusi pasaran rempah-ratus yang dikuasai oleh pedagang Venice di Itali. Portugal berhasrat untuk menguasai perdagangan rempah kerana pada abad ke-15, pedagang Islam telah menjual barangan dari Timur kepada pedagang di Venice dengan harga yang tinggi. Pedagang di Venice pula bertindak sebagai orang tengah pula telah menjual barangan tersebut kepada pedagang Eropah yang lain dengan harga yang lebih tinggi. Oleh itu, dengan menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi akan membawa kepada penguasaan perdagangan rempah-ratus dan boleh mengambil alih peranan pedagang Venice sebagai orang tengah.
Memiliki Pelabuhan Entrepot :
o    Menjelang abad ke-16, kapal-kapal Portugal sentiasa belayar ke Timur Jauh menggunakan Tanjung Pengharapan dan membawa pulang rempah-ratus, lada hitam, sutera dan batu permata. Mereka juga berjaya membawa hasil hutan seperti kayu kayan dan bahan pencelup dari Brazil. Portugal juga telah membuka ladang tebu, menjalankan penanaman tembakau, menternak lembu dan kuda untuk diperdagangkan. Ini semua telah memberikan keuntungan kepada masyarakat Portugal. Pelabuhan Lisbon juga telah menjadi pusat agihan rempah-ratus kepada pedagang-pedagang Eropah yang lain bagi menggantikan pelabuhan Venice di Itali.
Mampu Membuat Perahu dan Kapal Layar :
o    Masyarakat maritim Portugal mempunyai teknologi membuat kapal walaupun kapal yang dibina lebih kecil daripada kapal buatan China. Kapal orang Portugal yang dibina mempunyai dasar yang lebih dalam dan badan kapal yang agak bulat sesuai untuk perjalanan di Lautan Atlantik.
Mempunyai Kemahiran Dalam Ilmu Pelayaran dan Mencari Jalan ke Timur :
o    Masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran hasil usaha Putera Henry. Beliau mahu orang Portugal mahir dalam bidang pelayaran untuk menguasai kekayaan di Afrika. Tujuan lain ialah mencari Prester John yang menjadi raja sebuah kerajaan Kristian di Afrika bagi mendapatkan bantuannya untuk menguasai kerajaan Islam di Maghribi.
o    Usaha Putera Henry ini telah berjaya melahirkan ramai pelayar Portugal seperti Bartholomew Diaz, Vasco da Gama dan Alfonso de Albuquerque. Mereka telah berjaya menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai Barat benua Afrika. Bartholomew Diaz telah belayar dan sampai ke Cape of Good Hope iaitu bahagian paling selatan di Afrika pada tahun 1487. Vasco da Gama pula berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan pada tahun 1497 dan seterusnya telah sampai di Malindi (1487) dan seterusnya beliau telah belayar ke Kalikat (1499). Selepas itu beliau telah kembali ke Lisbon dengan membawa penuh muatan barangan daripada Timur.
o    Pada tahun 1511, Lopez de Sequeire telah berjaya menguasai Melaka dan ini membolehkan Portugal menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi. Pada tahun 1542, orang Portugal berjaya memasuki negara Jepun melalui pelabuhan Kyushu. Pada tahun 1570, satu perjanjian telah ditandatangani antara pedagang Portugal dengan Shogun Ashikaga iaitu mereka dibenarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki. 
o    Seterusnya pedagang Portugal telah sampai ke pelabuhan Canton di China pada tahun 1517.
Kemajuan Teknologi Pelayaran :
o    Masyarakat maritim Portugal juga mempunyai teknologi pelayaran yang diambil daripada negara lain seperti penemuan baru seperti peta Benua Eropah (kartografi), kompas magnetik, reka bentuk kapal, memiliki teknologi senapang dan meriam, dan astrolab.
o    Pelayar Portugal mempunyai catatan wilayah baru di atas peta dan seni catatan peta yang tepat dalam peta gaya baru. Mereka juga mempunyai teknologi kompas yang diambil daripada orang Cina. Kompas ini menunjukkan utara iaitu satu petunjuk penting bagi kapal-kapal yang belayar dari timur ke barat. Orang Portugal juga mempunyai teknologi membina kapal yang baik sesuai untuk belayar di Lautan Atlantik dan memiliki astrolab hasil ciptaan orang Arab yang membenarkan seorang kapten kapal laut mengagak kedudukan kapal mereka sejauh mana dari garisan Khatulistiwa. Masyarakat maritim Portugal juga memiliki teknologi senjata api seperti senapang dan meriam. Mereka menggunakan bahan letupan daripada China dan kemudian diubah suai dengan ciptaan senjata api mereka. Senjata api digunakan semasa pelayaran untuk menakutkan dan mengalahkan musuh-musuh yang ditentang.
Kesimpulan :
Masyarakat Portugal berjaya membina sebuah empayar perdagangan serta menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi selama lebih daripada satu kurun. Masyarakat Portugal berjaya menjadi perintis dan meluaskan kekuasaan kerana tidak perlu bersaing dengan pihak lain di Eropah pada masa tersebut. Pusat perdagangan hanya didirikan di kawasan pantai sahaja bukannya kawasan pedalaman

Huraikan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 hingga ke-17

Pendahuluan
-          Penjelajahan dan penerokaan adalah satu unsur yang penting dalam kehidupan manusia yang bertamadun. Penjelajahan dan penerokaan orang eropah ke dunia luar bermula sejak abad ke-15 dan awal abad ke-16.
-          Sasaran pelayaran mereka adalah ke benua Afrika, Asia, dan Amerika .Negara Eropah yang mula-mula belayar ialah Portugal dan diikuti Sepanyol,Perancis dan britain. 
-          Antara faktor yang mendorong Portugal muncul sebagai kuasa Eropah yang mempelopori kegiatan penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15 ialah kedudukan geografi, peranan Putera Henry, kemajuan dan penemuan baru dan sebagainya.
-          Masyarakat maritim Portugal membawa kekayaan kepada raja, kemasyuran raja dan negara, serta penyebaran agama kristian.
Ciri-ciri masyarakat maritaim Portugal 
1.    Peranan pemerintah
-          Putera Henry mendirikan sebuah sekolah bagi ahli pelayaran yang dinamakan Akademi Laut di Sagres.
-          Beliau berjaya menarik minat kelasi Itali yang mahir dan ahli ilmu alam yang bijak ke sekolah tersebut. Putera Henry memberi hadiah dan gelaran sebagai insentif kepada para peneroka.
-          Raja-raja Portugal keturunan Avis merupakan pemimpin yang berkelibar. Mereka amat menggalakkan aktiviti perdagangan dan perkapalan. Contohnya Raja Manuel menyokong aktiviti pelayaran melalui bantuan kewangan atau modal. Keadaan politik Portugal juga agak stabil berbanding negara Eropah yang lain.
2.    Kedudukan geografi yang stratejik
-          Portugal terletakn di sebuah tanjung yang menghadap dua laut utama dunia iaitu Laut Meditettanean dan Lautan Pasirik. Keadaan ini melahirkan rakyat Portugal yang biasa dan mahir dengan ilmu kelautan,
-          Mereka lahir sebagai perenang yang handal, tukang kapal yang mahir, bijak menentukan pasang surut laut dan sebagainya.
-          Laut Portugal dalam, terlindung dan sesuai untuk kapal-kapal berlabuh. Dermaga yang hebat dan akademi perkapalan turut dibina.
3.    Kemajuan dan penemuan baru
-          Portugal muncul sebagai kuasa pelayar yang unggul kerana terdapat kemajuan dan penemuan baru dalam bidang perkapalan, kelautan dan pelayaran.
-          Alatan seperti peta yang baik, teknik kartografi yang moden, reka cipta kompas yang lebih yang tepat, kompas magnetik, kaedah astrolab, dan kapal Caravel yang boleh memuatkan seberat 2000 tan barangan pada satu-satu masa.
4.    Semangat inkuiri
-          Pelayar Portugal banyak mendapat maklumat atau cerita tentang dunia luar daripada pelayar seperti Marco Polo. Sumber maklumat juga didapati daripada orang Islam dan Arab pada Zaman Pertengahan Awal. Banyak pengalaman pelayar-pelayar telah dibukukan.
5.    Perkembangan kapitalisme dan institusi kewangan
-          Perkembangan ekonomi kapitalis menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan ekonomi, hak milik persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan untuk keuntungan . Institusi bank turut berubah.
-          Pengusaha bank di Portugal mengeluarkan pinjaman bagi menggalakan pelayaran ke seberang laut mengumpul kekayaan dan menjamin kuasa politik.
-          Tambahanpula kejatuhan kerajaan Mongol dan kemunculan kerajaan  Turki Othmaniyah menyebabkan bandar-bandar di Itali  merosot dan pedagang-pedagang Eropah sukar mendapatkan barangan dari Timur.
-          Oleh sebab perkembangan perbankan dan kapitalisme di Portugal menyebabkan keperluan untuk pasaran dan bekalan bahan mentah kepada kuasa Eropah lain dari Timur amat diperlukan.
6.    Mencari kekayaan
-          Motif penguasaan rempah menyebabkan Portugal sampai ke Melaka pada 1509. Akhir berjaya menguasai Melaka pada 1511.Kejayaan ini membolehkan Portugal menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi.
-          Seterusnya, pedagang portugal telah mendirikan pangkalan di Cyclon, Maluku, Sumatera, Jawa atau di kenali sebagai kepulauan rempah.
-          Di Brazil Portugal dapat membawa hasil hutan seperti kayu-kayan dan bahan pencelup. Selain itu Portugal membuka ladang tebu, menjalankan penanaman tembakau serta menternak lembu dan kuda.
-          Mereka juga ke Timur jauh melaluinTanjung Pengharapan .Kapal-kapal Portugal ini membawa pulang rempah ratus, lada, sutera dan batu permata.
7.    Pelabuhan
-          Antwerp menjadi pusat pengekspotan barangan Portugal . dalam masa 30 tahun Portugal berjaya menembusi pasaran rempah yang dikuasai oleh pedagang Venice, Itali.
-          Portugal juga berjaya memasuki Jepun, pada tahun 1543 mereka berjaya memasuki pelabuhan Kyushu. Pada 1517 pedagang Portugal telah membuat perjanjian dengan Shogun Ashikaga yang membenarka Potugal berdagang di pelabuhan Nagasaki.
-          Tahun 1517pedagang Portugal sampai ke Canton, sterusnya ke Macau dan menjadi orang tengah dalam urusan perdagangan antara China , jepun dan EropahPortugal juga mendirikan pengkalan perdagangan di pantai Afrika terutamanya di Mozambique pada 1520, ianya dijadikan tempat perhentian untuk  mengisi muatan dalam pelayaran mereka antara Eropah dan Asia serta menjalankan perdagangan emas, gading dan perhambaan.
Penutup
Dapat dirumuskan bahawa Portugal sebagaikuasa kelautan eropah yang pertama mempelopori kegiatan penjelajahan penerokaan pada abad ke-15. Hal ini membawa kepada perkembangan masyarakat maritim di portugal. Perkembangan ini membawa kekayaan kepada masyarakat dan pemerintah Portugal.

MASYARAKAT INDUSTRI
Terangkan maksud masyarakat industri dan ciri-ciri masyarakat industri  

Pendahuluan
Masyarakat industri bermula selepas tercetus revolusi perindustrian di England pada abad ke-18. Masyarakat industri menggantikan masyarakat agraria yang muncul pada zaman pra-industri.
a)    Pengertian masyarakat industri 
-          Merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian
-          Masyarakat industri terlibat dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan dengan menggunakan mesin
-          Masyarakat industri dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran.
b)    Ciri-ciri masyarakat industri
Kegiatan ekonomi
-          Masyarakat industri tertumpu kepada pengeluaran barangan secara besaran
-          Mereka bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan punca pendapatan bagi menyara hidup
Pengkususan kerja
-          Penggunaan mesin secara meluas menyebabkan berlaku pengkhususan kerja
-          Pekerja perlu melakukan sebahagian daripada kerja bagi menghasilkan sesuatu barangan
Mobiliti sosial
-          Perkembangan dalam sektor perindustrian menyebabkan taraf hidup golongan pekerja meningkat
-          Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang tinggi
-          Perkembangan ini melahirkan  golongan kelas menengah dalam masyarakat
Kemunculan kelas
-          Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja
-          Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah dan pengusaha lombong
-          Kelas pekerja terdiri daripada buruh dan pekerja di kilang peindustrian
Ubanisasi
-          Masyarakat industri merupakan masyarakat yang tinggal di bandar perindustrian
-          Mereka terlibat dalam kegiatan perindustrian sebagai buruh kilang atau pengusaha kilang
-          Kebanyakan penduduk luar bandar berhijrah ke bandar selepas tercetus Revolusi perindustrian
-          Perkembangan ini melahirkan proses perbandaran terutamanya di bandar2 perindustrian
Masyarakat listerasi
-          Masyarakat industri merupakan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berpendidikan
-          Mereka terdedah kepada unsur2 demokrasi dalam kehidupan mereka
-          Mereka mempunyai kebolehan merancang dan menjalankan aktiviti sosial dengan sistematik
Penutup
Kemunculan masyarakat industri mempunyai pertalian rapat dengan Revolusi perindustrian di England. Masayarakat industri mempunyai ciri2 tersendiri yang berbeza dengan masyarakat agraria.

Bincangkan faktor2 yang mendorong kemunculan masyarakat industri di England

Pendahuluan 
Revolusi  perindustrian bermula di England pada abad ke-18. Kemunculan revolusi perindustrian menyebabkan muncul masyarakat industri di England. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlaku masyarakat industri di England.
a)    Pertambahan penduduk
-          Pertambahan penduduk menyebabkan bekalan tenaga buruh yang mencukupi untuk bekerja di sektor perkilangan
-          Pertambahan penduduk menyebabkan wujud pasaran bagi barangan keluaran kilang2 perindustrian
b)    Kekayan bahan mentah
-          Terdapat bekalan bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan biji besi di England
-          Penguasaan tanah jajahan turut menjamin bekalan arang batu yang mencukupi untuk kilang di England
c)    Kemajuan dalam sistem pengangkutan
-          Kemajuan dalam pengangkutan membantu pengagihan barangan ke seluruh negara
-          Penggunakan jentera berkuasa wap membantu perkembangan sistem pengangkutan seperti kereta api dan kapal laut
d)    Perkembangan mekantalisme
-          Menjelang abad ke-16 dan ke-17 muncul kegiatan ekonomi mekantilisme di England
-          Perkembangan ekonomi ini menyediakan kekayaan dan modal yang mencukupi untuk mempelopori Revolusi perindustrian
-          Penekanan diberikan kepada latihan kemahiran untuk pekerja menerusi dasar Apprentice
e)    Modal mencukupi
-          Terdapat modal yang mencukupi untuk pelaburan dalam sektor perindustrian
-          Kerajaan memeiliki modal yang mencukupi yang dipusatkan di bank of England
-          Kemunculan Revolusi pertanian menyebabkan muncul peladang2 yang menjadi kaya
-          Peladang2 ini sanggup melaburkan lebihan modal dalam sektor perindustrian
f)     Iklim yang sesuai
-          Keadaan iklim di England sesuai untuk perkembangan dalam bidang perindustrian
-          Perkembangaan perusahaan kapas di Lancashire disebabkan oleh keadaan iklim yang sesuai di England
-          Iklim yang lembab sesuai untuk menjalankan kegiatan memintal dan menenun kain-kain kapas
g)    Kemajuan sains dan teknologi
-          Kemajuan dalam sains dan teknologi menyebabkan perkembangan Revolusi Perindustrian
-          Perkembangaan pesat dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan beberapa rekaan dan ciptaan baru ditemui
-          Penemuan ini menggalakkan perkembangan kegiatan perindustrian di England
Penutup
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan munculnya masyarakat industri di England. Kemunculan masyarakat industri mempunyai kaitan dengan perkembangan Revolusi Perindustrian di England.

Bincangkan kesan Revolusi Perindustrian yang tercetus di Jerman dalam bidang politik dan sosial

Pengenalan

Revolusi perindustrian tahap kedua tercetus di Jerman pada akhir abad ke-19 . Revolusi ini telah menyebabkan perkembangan pesat dalam aspek teknologi, kewangan dan kejuruteraan manusia. Revolusi perindustrian di Jerman telah meninggalkan kean mendalam dalam aspek politik dan sosial.

a)    Kesan politik
i.              Kemunculan golongan proletariat
-          Perkembangan industria melahirkan golongan pekerja atau proletariat
-          Golongan ini telah menubuhkan kesatuan sekerja untuk melindungi hak pekerja
ii.            Kemunculan pertubuhan politik
-          Revolusi perindustrian meletakkan asas kepada perkembangan parti-parti politik
-          Pekerja-pekerja di Jerman terdedah kepada dua aliran politik utama iaitu aliran Karl Marx dan Parti sosialis
-          Kedua-dua aliran ini bersatu dalam satu pertubuhan yang dikenali sebagai Social Democratic Party
-          Parti poltik ini ditubuhkan bagi menjaga kepentingan golongan tersebut
iii.           Kemunculan golongan national liberal
-          Revolusi perindustrian menyebabkan muncul golongan peniaga, ahli-ahli bank doktor dan golongan professional yang lain
-          Golongan ini telah menubuhkan sebuah parti politik yang dikenali sebagai national liberal party.
-          Parti ini ditubuhkan untuk menjaga kepentingan golongan tersebut.
iv. Dasar kerajaan Bismarck
-          Kerajaan di bawah Bismarck tidak senang dengan idea demokrasi dan sosialisme yang berkembang di jerman.
-          Bismarck menyokong dasar dan perjuangan National liberal party untuk mendapat sokongan golongan tersebut.
-          Beliau mengurangkan tarif dan berpura-pura menyokong dasar perdagangan bebas
-          Selain itu, Bismarck juga bertindak mengawal gereja bagi mengukuhkan kedudukan kerajaan pusat.
        b) Kesan sosial
             i.       pengangguran
-          Revolusi perindustrian turut membawa kesan negatif pada golongan pekerja.
-          Pengeluaran produk yang berlebihan menyebabkan banyak industri terpaksa ditutup.
-          Perkembangan ini menyebabkan ramai pekerja hilang pekerjaan ekoran tindakan kilang membuang pekerja.
     ii. kemelesetan ekonomi
-          Kemelesetan ekonomi menyebabkan ramai pekerja mengalami kesukaran hidup
-          Tambahan pula berlaku keadaan inflasi yang menyebabkan pekerja tidak dapat membeli barang keperluan seharian mereka.
     iii. Masalah tanah jajahan
-          Negara-negara sedang membangun turut mengalami kemelesetan ekonomi
-          Negara-negara membangun bergantung kepada negara industri untuk menjual barang-barang mentah.
-          Apabila negara industri tidak membeli bahan –bahan mentah, negara-negara tersebut mengalami kemelesetan ekonomi.

Penutup
Revolusi perindustrian tahap kedua di Jerman meninggalkan kesan dalam aspek politikd dan sosial . revolusi ini telah menyebabkan lahir parti-parti politik berasaskan aliran Karl Marx dan sosialis. Revolusi perindustrian juga menyebabkan masalah kemelesetan dan inflasi dalam kalangan rakyat.
      
Tema 2

(Pemerintahan dan pentadbiran)

Bincangkan peranan maharaja dalam sistem pentadbiran pada zaman dinasti Ching?
Pada zaman Ching, lahir sistem pemerintahan bercorak autokrasi yang diperintah oleh raja berkuasa mutlak. Maharaja mempunyai kuasa mutlak dalam bidang eksekutif, perundangan dan kehakiman. Dalam menjalankan pentadbiran, maharaja dibantu oleh kakitangan awam yang terdiri daripada golongan bangsawan.
a)    Peranan dalam bidang eksekutif
-          memutuskan dasar kerajaan
-          melantik pegawai2 kerajaan
-          melucutkan jawatan pegawai kerajaan
-          meluluskan kenaikan pangkat
-          mengurniakan gelaran dan darjah kebesaran kepada pembesar
-          mengetuai angkatan tentera
-          menandatangani perjanjian dengan kuasa asing
b)   Peranan dalam bidang kehakiman
-          Mengisytiharkan undang2
-          Mengendalikan kes rayuan
-          Memberikan pengampunan
c)    Peranan dalam bidang keagamaan
-          Berperanan sebagai ketua agama
-          Mengetuai upacara keagamaan
d)   Peranan dalam bidang intelektual
-          Berperanan sebagai penaung dalam bidang pembelajaran
-          Memberikan bantuan kewangan bagi menyelenggarakan dan menerbitkan kitab2 dan ensiklopedia
-          Mengarahkan pengendalian peperiksaan awam diperingkat daerah dan bandar
-          Terlibat dalam pengendalian peperiksaan awam di istana maharaja
-          Terlibat dalam pemilihan calon terbaik dalam peperiksaan awam di peringkat kebangsaan
-          Memberi ceramah kepada penuntut kolej imperial
penutup
        Menjelang zaman Ching terdapat sistem pemerintahan yang teratur dan   
        sistematik.Sistem ini telah melahirkan kestabilan dalam bidang politik dan
        ekonomi.




Huraikan peranan enam lembaga dalam sistem pentadbiran pusat pada zaman dinasti Ching?
Menjelang zaman Ching terdapat sistem pentadbiran pusat yang sistematik dan teratur. Salah satu badan pentadbiran utama pada peringkat pusat ialah Enam Lembaga. Setiap lembaga diterajui oleh dua orang presiden dan empat orang naib presiden.setiap lembaga mempunyai biro-biro yang mempunyai peranan masing2.
a)    Lembaga pentadbiran awam
-          Mengurus perlantikan kakitangan awam
-          Mengendalikan peperiksaan awam
-          Menguruskan kenaikan pangkat
b)    Lembaga hasil dalam negara
-          Mengutip cukai daripada penduduk
-          Mengendalikan urusan pendaftaran tanah
c)    Lembaga peperangan
-          Menguruskan halehwal ketenteraan
-          Menetapkan polisi ketenteraan
-          Menguruskan perlantikan dan pemecatan pegawai tentera
-          Mengawal komunakasi antara kerajaan pusat dengan provansi
d)    Lembaga upacara
-          Mengendalikan upacara ritual seperti upacara diraja, korban, majlis perkahwinan dan kematian
-          Menguruskan sistem pendidikan
-          Menguruskan peperiksaan awam diperingkat daerah, provinsi dan bandar raya
-          Memberikan jawatan penting dalam kerajaan kepada calon2 yang lulus dalam peperiksaan awam
e)    Lembaga keadilan
-      mengendalikan hal ehwal berkaitan undang2
-      mempunyai kuasa dalam menjatuhkan hukuman
-      mengampunkan orang yang melakukan kesalahan
-      membicarakan kes2 rayuan
         f)   Lembaga kerja awam
            -      menguruskan kerja2 pembinaan bangunan awam
            -      membaiki bangunan awam
            -      membeli dan menjual harta kerajaan
            -      membaiki jalan dan sistem perparitan
            -      membaiki tambak sungai, empangan, dan pengairan
Penutup
Kewujudan enam lembaga menunjukkan terdapat sistem pentadbiran yang bercorak birokratik. Sistem pentadbiran yang cekap mengukuhkan kedudukan raja serta melahirkan keadaan politik yang stabil.
         
 Jelaskan sistem pentadbiran yang diamalkan di wilayah pada zaman dinasti Ching?

Menjelang zaman Ching, wilayah dibahagikan kepada provinci, circuit, prefecture, dan daerah. Pegawai dilantik di setiap unit dan bahagian bagi melicinkan sistem pentadbiran.

a)    Pentadbiran provinci
i)             Gabenor jeneral/jeneral
-          Pentadbiran peringkat provensi diketuai oleh gabenor jeneral dan gabenor
-          Menjelang zaman maharaja Chien-lung, terdapat lapan orang gabenor jeneral dan 15 orang gabenor
ii)            Persuruhjaya
-          Persuruhjaya dilantik oleh maharaja
-          Persuruhjaya menguruskan garam, pemungutan cukai, pengedaran bijirin dan laluan sungai
iii)           Komander
-          Menguruskan hal ehwal ketenteraan di peringkat wilayah
b)    Pentadbiran circuit/prefecture
Pegawai dilantik bagi menguruskan circuit/prefecture
c)    Pentadbiran daerah
i)             Majistret daerah
-          Berperanan mengutip cukai, menyelesaikan pertikaian dalam kalangan penduduk dan menjaga keamanan.
-          Dibantu oleh penduduk yang mengetuai hal ehwal masyarakat setempat.
ii)            Perkhidmatan awam daerah
-          Terdiri daripada bahagian pentadbiran, sivil, percukaian dan banci, protokol dan upacara, ketenteraan kerja awam dan pencegahan jenayah.
-          Pegawai ini dibenarkan mengutip surcaj.  
iii)           Unit pentadbiran lain
-          Iaitu jabatan (Chou) dan subprefecture (Ting)
-          Terdapat pentadbiran yg lebih kecil seperti kampung, bandar, pekan dan petempatan luar bandar.
Penutup
Pentadbiran wilayah yang kukuh dan teratur melahirkan kestabilan di peringkat pusat.

Bincangkan ciri-ciri pemerintahan maharaja China pada abad ke-16 hingga ke -18

Pengenalan
Sistem pemerintahan yang diamalkan berbentuk feudal.
Raja menduduki hierarki teratas dalam sistem feudal dan berkuasa dalam pemerintahan dan pentadbiran.
Sistem beraja dibantu oleh pembesar dalam menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran.

Sistem pemerintahan maharaja di China.

Kedudukan politik maharaja di china berdasarkan konsep mandate of heaven.
Konsep ini menerangkan maharaja sebagai wakil dari syurga atau anak syurga dan memberi kuasa spiritual yang tidak terhingga kepada maharaja. Konsep ini anugerahkan maharaja satu kuasa untuk memerintah dan boleh menarik balik kuasa tersebut, tiada kuasa lain yang boleh mendakwa baginda atas segala tindakkannya.

Maharaja diberi mandat menjamin kemakmuran dan menentukan kehidupan rakyatnya berada dalam keadaan teratur dan makmur. Ini menyebabkan maharaja mendapat penghormatan dari rakyat. Sekiranya berlaku malapetaka, ini menjadi petunjuk bahawa maharaja gagal mendapat mandat dari syurga.

Maharaja mengamalkan ajaran confucius, ajaran ini menekankan kesetiaan sebagai puncak kebahagian dan menyatakan bahawa kerajaan yang baik harus memiliki ciri pemerintahan yang baik, raja mesti taat pada tuhan dan rakyat pula harus taat dan setia pada raja.

Tugas maharaja ialah mengetuai kerajaan dan melindungi rakyat, ajaran ini menekankan konsep taat setia kepada raja yang membawa kemakmuran.

Maharaja juga menguasai ekonomi negara, segala ekonomi negara seperti  pungutan cukai , hasil pertanian, hasil bumi, perdagangan, penduduk, ufti barangan dagangan, kepakaran akan dikuasai oleh maharaja. Maharaja akan melantik pembesar untuk menjalankan urusan ekonomi. Penambahan dalam pengeluaran pertanian akan menambahkan keuntungan golongan pembesar dan tuan tanah serta meningkatkan pendapatan cukai maharaja.

Maharaja China berperanan menjadi ketua tentera, urusan mempertahankan negara dari serangan luar dan meluaskan empayar memperlihatkan tanggungjawab maharaja. Hal ini dapat dilihat pada awal kemunculan dinasti Ming. Maharaja Huang-wu menjalankan usaha penyatuan semula empayar china yang berpecah dan usahanya diteruskan oleh pengantinya. Sebahagian besar wilayah Manchuria telah berjaya ditakluki oleh tentera Ming dan beberapa wilayah lain seperti korea dan Ryukyu telah menjadi naugan dinasti Ming. Beberapa utusan dari luar datang ke China seperti Siam, Burma dan Melaka yang memperkukuhkan kewibawaan pemerintahan Ming serta mengiktiraf kekuatan ketenteraan China.

Maharaja juga memainkan peranan penting dalam urusan dasar luar negara. Dasar pemerintahan maharaja China ini membawa perluasan perdagangan dan perkembangan ilmu Barat di China. Ini dapat dilihat pada dasar keterbukaan maharaja china terhadap Barat pada zaman Dinasti Ming.

Pemerintahan maharaja membawa kemakmuran kepada China sebelum pertengahan abad ke-19. Kekalahan dalam perang Candu 1 memaksa maharaja china membuka pintu negaranya kepada kuas-kuasa barat.

Terangkan peranan pembesar di China pada abad ke-16 hingga ke-20

Pengenalan
Pembesar merujuk kepada pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan tugasnya dalam bidang kuasa yang diberikan.Pembesar melaksanakan tugas pemerintahan. Merupakan orang kedua penting dan berada pada paras kedua selepas kedudukan raja.
Pembesar China terdiri daripada pembesar pusat dan wilayah. Didominasikan oleh golongan cerdik pandai dan golongan bangsawan.
Pembesar golongan sarjana merupakan pegawai mandarin yang dilantik oleh maharaja berdasarkan kelulusan yang dicapai dalam sistem peperiksaan awam. Pembesar wilayah dilantik oleh maharaja daripada kalangan bangsawan dan pemimpin tentera yang berjasa kepada maharaja.
Pembesar di Cina pada abad ke-16 hingga ke-20
Maharaja China memecahkan pentadbiran kepada beberapa unit atau institusi iaitu sekretariat agung, majlis tertinggi (enam badan menteri) dan censorate atau lembaga penapis.
Tugas Sekretariat agung ialah membantu maharaja dalam menyelia dan menyelaras enam badan kementerian dalam pentadbiran pusat. Mereka akan memaklumkan kepada maharaja segala perjalanan dalam enam badan kementerian.
Majlis Tertinggi menjadi badan penasihat yang penting kepada maharaja. Melalui majlis ini, sebenarnya pemerintahan dan pentadbiran China dijalankan. Majlis ini dibahagikan kepada enam kementerian. Setiap kementerian akan dikawal oleh pegawai kanan atau dikenali sebagai shangschu. Shangschu pula akan dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan berdasarkan kementeriannya. Enam kementerian tersebut ialah kementerian personal,kewangan,adat,perang,keadilan dan kerja raya.
Lembaga penapis/ Censorate menjadi mata dan telinga maharaja, iaitu memaklumkan segala aktiviti pembesar China kepada maharaja untuk diambil tindakan sewajarnya.
Golongan terpelajar mempunyai darjat yang tinggi. Golongan ini dipilih sebagai pegawai kerajaan berdasarkan tahap peperiksaan awam yang mereka lulus. Peperiksaan ini bertujuan untuk memilih golongan srjana yang layak memegang jawatan pegawai dalam perkhidmatan kerajaan. Lulus peperiksaan awam bermakna kunci kekayaan dan pangkat rasmi yang penting.
Mereka akan ditempatkan di kementerian penting yang melibatkan penggubalan dasar iaitu menanggotai  imperial cancelory yang bertanggungjawab dalam meminda sesuatu dasar.
Dasar yang digubalkan dilaksanakan diperingkat wilayah oleh pembesar bawahan dalam jabatan hal ehwal negara. Mereka akan berperanan mengikut fungsi enam jabatan yang dibentuk dibawahnya. Iaitu jabatan kakitangan, jabatan upacara, jabatan tentera, jabatan kehakiman dan jabatan kerja awam.
Pembesar wilayah dibantu oleh pembesar tempatan iaitu gentry.
Pembesar wilayah bukan daripada golongan sarjanamemiliki angkatan tentera sendiri. Mereka bertanggungjawab menyediakan bantuan ketenteraan kepada pusat di samping menjaga wilayah sendiri.
Pentadbiran wilayah juga diuruskan oleh pegawai pengawas kerajaan . Antara tugas utama ialah mengawasi aktiviti semua peringkat pentadbiran dan mendakwa pegawai yang menyeleweng serta mencadangkan perubahan dalam operasi kerajaan.
Semasa dinasti Ch’ing gabenor dilantik sebagai pentadbiran wilayah, menjaga  keamanan dan ketenteraan serta mengutip cukai untuk dihantar kepada pemerintahan pusat. Kuasa gabenor tertakluk kepada adat istiadat dan tradisi wilayah yang telah ditetapkan dalam dikri diraja. Gabenor harus bertanggungjawab dan berhubung secara langsung dengan pusat. Gabenor dibantu oleh pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja seperti bendahari dan hakim.
Kesimpulan
Kemerosotan nilai etika dan moral ajaran confucius dalam sistem pembesar semasa pemerintahan dinasti Ch’ing telah membawa kepada kemerosotan tanggungjawab pembesar.
Keruntuhan dinasti Ch’ing turut sama mengakhiri sistem pembesar di China.

11 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu,bagaimana nak buat huraian peringkat circuit dan peringkat prefecture??

Anonymous said...

tema 4 ada x nie

Anonymous said...

boleh terangkan macam mana nak buat penutup yang bagus tak cikgu.

asiyah said...

Alhamdulillah..semoga Allah membalas segala jasa baik cikgu..banyak manfaatnya..

Anonymous said...

Terima kasih. Nota ini sangat membantu :)

Anonymous said...

cikgu . saya pelajar pra u dari melaka . saya copy yea :) terimakasihh

saranghe lifetoshort said...

alhamdulillah...sya mgcpkn trma ksh bnyk2x kpd ckgu krn dgn blog ini sya dpt bnyk mklumt tntg sjrah stpm sem 1..

AZIZAH ABDULLAH said...

nota cikgu amat membantu saya dalam mencari bahan rujukan.

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu,bagaimana nak buat huraian peringkat circuit dan peringkat prefecture??

Anonymous said...

Tema 3 & 4 xda ke?? Trima kasih atas nota ini..sangat membantu

Muhammad said...

Terima kasih .nota ini sangat membantu saya.